Jumaat, 20 Februari 2015

MISI PASCA BANJIR (TEMERLOH, PAHANG)

Assalamualaikum


Macam kita tahu la kan, awal tahun ni banjir paling buruk negara kita. Sampai rumah hanyut, jalan runtuh, yang maut lemas pun ada. Entah la apa tuhan nak tunjuk, banyak da benda buruk jadi, Kapal terbang hilang, selang beberapa bulan kapal terbang kena tembak. Hmmmm
Semoga Allah jauhkan segala malapetaka kat family aku.. Amin...

Tup2 esok nye ada misi pasca banjir, terus bagi nama. Teringin nak tolong ape yang patut.
Diri sendiri pun tak pernah merasa banjir. Orang yang tiap tahun kena tu macam mana la ek?.


Masi kami di bersihkan sekolah kat temerloh. (7 January 2015)

Tengok dari luar pun dah rase macam teruk gila, padang bola cam bendang.


Sampai-sampai tengok da ada orang kampung wat kerja pembersihan.



Ni la sekolah nye - Sekolah Kebangsaan Guai, Temerloh.


Bangunan ni time banjir memang tengelam terus.
Pernah masuk paper  tajuk 'lembu mati dalam Pra-sekolah.




hehe.. Sempat lagi sebelum balik.


Memang teruk, banyak perabot rosak, komputer sume. Tapi tu la,, kami tolong setakat mampu.
tengok kesan banjir kat kawasan situ, geleng kepala.. Dengan kerusi, kain masih lagi tersangkut kat pokok.. Bayang sendiri la tinggi mana air naik. 

Sesungguhnya apa yang berlaku ni adalah ujian dari Allah, dia nak kita selalu ingat dia, pastu nak uji sejauh mana kita sabar :)