Sabtu, 20 Jun 2015

Pulau Pangkor!!!

Assalamualaikum.


Ke Pangkor ler Biha, kursus Asas Organisasi katanya. Alang-alang dapat pergi tu ape lagi, macam bercuti la jawabnye.
Oleh kerana first time sampai, nak juga rasa apa yang best kat pulau pangkor ni, yela kan.. Resort free, makan free, nak tunggu datang sendiri tak tau bila la kan.

Kitorang kat sini selama 4 hari 3 malam, boleh dikatakan semua tempat la pusing. Puas pusing dengan van kat darat, pusing naik bot pulak..haha


Ni kat jeti Marina Island



Jejalan tepi laut

Beli magnet sebagai kenangan :)

Ni kat tepi yang jual magnet tu.



Tempat perjanjian Belanda di perak. Cantekk





Nak snorkling, tapi tak reti berenang. (banyak telan air masin!!!!!)

 Swimming pool kat resort kami, sekali je dapat selam. Jadi laaaa...


Jalan-jalan kat darat naik van RM80.00. Bahagi 12 orang, RM7.00 sorang
Snorkling & pusing-pusing kat laut RM20.00 sorang
Total: RM27.00

 Korang yang nak datang bercuti kat sini disyorkan datang ramai-ramai sebab gi snorkling naik bot, lagi ramai lagi murah. Naik van pun leh share bayar, dia bawak kita gi tempat-tempat menarik, paling best gi kilang makanan laut (lagi murah daripada beli kat Lumut). Basikal & motor sewa pun ada, tapi tak tau harga berapa cz tak naik. Nak sewa motor pun, tak tau nak pi mana rugi jugak, baik naik van. Tu jeee.....


SELAMAT BERPUASA!!!!!!







Rabu, 10 Jun 2015

Kursus Induksi- Tasek Raban

Assalamualaikum..

Citer ni tak pernah nak habis, ada je kan. Biar la tak de orang nak bace pun, nak tulis gak :p

Dapat surat kena pergi kursus induksi @ Program Transformasi Minda kat Tasek Raban, Lenggong, Perak. 
Wulaweei,, lamo nye 15-22 Mei 2014 (8 hari tuuu). 
Kursus ni wajib ye puan2, tak de sorang pun terkecuali.

Yang geram nye nak ada baju hitam kosong, Sekurang-kurang nye 3 helai, Pusing2 Jalan Tar pun tak de, sume bercorak. terbuka hati nak tengok kat kedai pakaian sekolah, ada pun,,,


Ni la dia Tasek Raban

Dorm Kami
Lembaga hitam, hihi (cian kami, cam budak sekolah)

Citer nye hari ke 6 aku sakit tekak, lepas tu selsema. Esoknya demam!!, makan ubat pn tak menjadi, duk lak dalm aircond hari-hari. Sejuk dia pehhhhhh

Petang tu memang tak tahan, sampai mengigil kot badan, makan pun dengan sudu2 sekali bergetar, muka tak yah cakap la merah dia. Urusetia pun nak bawak gi klinik lepas magrib.  Terpaksa la gi bahagian kecemasan kan cz da malam. Suhu badan 39 C’. malam tu tak masuk kelas, tido dalam surau tanpa pasang aircond. Sedar2 berpeluh.. Alhamdulillah,,kejap je hilang,,heee

Aktiviti padat, solat subuh berjemaah, senaman pagi, malam kul 1 or 2 baru tidooo


Ni la ahli-ahli PTM 2015


 Kumpulan Tasek Chini bersedia nak pi kembara, kena pegang baldi ada air,  jangan kasi tumpah & telur amanah sorang satu (Perjalanan 6km)

Dalam hutan, jumpa ular daun.


 
Santai-santai tepi sungai lepas kembara.

 Perbentangan kumpulan kami.( nampak tak tudung hijau tu?)

Hari ke 7. masing-masing tak cukup tidooo, sebab datang lambat senaman pagi, pastu kena denda buat dua karangan. tambah-tambah lak kena buat persediaan untuk buat persembahan malam akhir. p

Malam last, main pecahkan belon, diorang karoke sampai kul 1 pagi. Tak larat kot nak tunggu.

Sebelum balik, beli buah tangan untuk family, nak wat balik kg. (ikan pekasam)


Pe2 pun, ni pengalaman terbaik, teruji mental & fizikal, semangat kerja sama, kena berani cakap kat depan pakai mic. Keh2 
sekiannn :)