Citer ni tak pernah nak habis, ada je kan. Biar la tak de orang nak bace pun, nak tulis gak :p
Dapat surat kena pergi kursus induksi @ Program Transformasi
Minda kat Tasek Raban, Lenggong, Perak.
Wulaweei,, lamo nye 15-22 Mei 2014 (8 hari tuuu).
Kursus ni wajib ye
puan2, tak de sorang pun terkecuali.
Yang geram nye nak ada baju hitam kosong, Sekurang-kurang nye 3 helai, Pusing2 Jalan Tar pun tak de, sume bercorak. terbuka hati nak tengok kat kedai pakaian sekolah, ada pun,,,
Ni la dia Tasek Raban
Dorm Kami
Lembaga hitam, hihi (cian kami, cam budak sekolah)
Citer nye hari ke 6 aku sakit tekak, lepas tu selsema.
Esoknya demam!!, makan ubat pn tak menjadi, duk lak dalm aircond hari-hari.
Sejuk dia pehhhhhh
Petang tu memang tak tahan, sampai mengigil kot badan, makan
pun dengan sudu2 sekali bergetar, muka tak yah cakap la merah dia. Urusetia pun
nak bawak gi klinik lepas magrib.
Terpaksa la gi bahagian kecemasan kan cz da malam. Suhu badan 39 C’.
malam tu tak masuk kelas, tido dalam surau tanpa pasang aircond. Sedar2
berpeluh.. Alhamdulillah,,kejap je hilang,,heee
Aktiviti padat, solat subuh berjemaah, senaman pagi, malam kul 1 or 2 baru tidooo
Ni la ahli-ahli PTM 2015
Kumpulan Tasek Chini bersedia nak pi kembara, kena pegang baldi ada air, jangan kasi tumpah & telur amanah sorang satu (Perjalanan 6km)
Dalam hutan, jumpa ular daun.
Santai-santai tepi sungai lepas kembara.
Perbentangan kumpulan kami.( nampak tak tudung hijau tu?)
Hari ke 7. masing-masing tak cukup tidooo, sebab datang lambat senaman pagi, pastu kena denda buat dua karangan. tambah-tambah lak kena buat persediaan untuk buat persembahan malam akhir. p
Malam last, main pecahkan belon, diorang karoke sampai kul 1 pagi. Tak larat kot nak tunggu.
Sebelum balik, beli buah tangan untuk family, nak wat balik kg. (ikan pekasam)
Pe2 pun, ni pengalaman terbaik, teruji mental & fizikal, semangat kerja sama, kena berani cakap kat depan pakai mic. Keh2
sekiannn :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan