Sabtu, 30 Mei 2015

Gaji Pertama!!! yeayyyyy

Bising kat group Intake 22 Sept 2014, gaji pertama dah masuk!!!!
Setelah 3 bulan pokai, hari-hari makan megi. Masuk sedebuk gaji untuk 3 bulan.


Kenangan gaji pertama

Ape lagi, masing-masing merancang nak habeskan duit ler..
Ok, Restoran The Ship. First time kot makan kat sini. Kitorang ber lapan pun habis kerja pergi la..
Intake kitorang ramai, tapi 8 orang ni jek free

Tolong pilihkan menu, tak taw pe yang best....


Kak Syida, Biha, Amin, Jai, Mira, Nick


Pas kerja tak buang tu tak tahan


 Ni Biha punye makanan,, yUm2!!

Jemput-jemput/ sila-sila

Nah,, hamek kau..haha


lepas tu, aktiviti tak dirancang, ajak gi karoke lak bebudak ni... Biha  tak kisah, lewat-lewat LRT tak der, kena hantar balik umah la. 




OK...balik-balik..lewat dah ni!!!!!!! Yang penting happy & persahabatan kekal selamanyee.hehe..byeee

Khamis, 21 Mei 2015

Lulus Temuduga > Putrajaya > KKR, KL

Syukur Alhamdulillah..
 

Setelah kali kedua temuduga akhirnya…LULUS!!!!
Lapor diri kat JPA,22 Sept 2014. Berdebar, takut, happy & macam-macam rasa.
Akhirnya ada jugak ahli keluarga kerja kerajaan, tak kisah la jawatan rendah pun, dapat kerja tetap pun dah ok,,kan2


Orang lain gi lapor diri family hantar, Biha gi naik bus aje, abang tunggu kat terminal bus Putrajaya. Pergi sehari awal sebab nak pusing-pusing tengok tempat & cari Homestay.







Dapat Homestay kat flat hijau, lepas tu tersalah bangunan Homestay..keh2.
 cz banyak sangat warna flat hijau. Upenya flat hijau tu da tukar warna kelabu…

Esok nye pagi-pagi dengan bersemangat gi lapor diri kat JPA. Lelaki kena pakai cam budak sekolah, baju putih, seluar hitam. Nasib baik perempuan tak kena pakai macam tu.
Ramai jugak intake ni, 300 orang.. Temuduga hari tu 3000 orang,, kira terpilih jugak la,,,hihihi




Penempatan kat mana??? Masing-masing tak tahu lagi. Upenya dia hantar seluruh Jabatan/ Kementerian yang terdapat kekosongan.
Tup2 Biha dapat Penempatan kat Kementerian Kerja Raya. Ada yang dapat Kementerian Kesihatan, Pelajaran, IPD & lain2 negeri lak tu.

Petang tu jugak gi lapor diri kat KKR. Tak tahu jalan, pakai Maps, pun sesat jugak, asyik terlepas je cabang. Tapi sampai gak,,,
2 miggu duk dalam pustaka je, sebab :
Belum tahu penempatan sebetul-betul nya. Bawah KKR ada agensi JKR,CIDB,LLM.

Bangunan KKR baru

Dalam masa 2 minggu ni Beha duk umah akak office (Kak Nomi). Mekasih kak tumpangkan umah, ajar  naik LRT & KTM.

Dah tahu penempatan, dapat kat Unit Integriti KKR, tempat yang sama je, lau tahu awal2 dah cari umah sewa.

Rakan-rakan office (Biha paling muda)

Cari umah sewa:
Tengok iklan yang tampal2 kat dinding  
Cari kat Mudah.my

Dapat no, whatsapp la.. ada yang call x dapat terus. Ada la sorang balas, flat & Blok yang sama dengan akak kerja duk,tp tingkat 15.Omakkkk aiii.
Cari dekat-dekat sebab malas dah nak angkut beg bagasi jauh-jauh, sorang-sorang lak tu.


Gi tengok rumah, sume ok. Sewa RM170 termasuk api air. Deposit 470, nasib baik ada duit simpanan time kerja kat Melaka.

Simple je bilik nye (Lengkap almari & katil)

1 bilik 2 orang..(duk dengan member kerja)


Selamat memulakan kerja baru Cik Nabihah :)