Jumaat, 24 April 2015

BOLA!!!

Assalamualaikum…


huii musim bola, ada la yang gila bola, mabuk bola. Tapi Biha tak la, tengok hilangkan bosan je.
Member umah ni pun sama, Kelantan kalah dengan Johor, frust kemain.
Biha pun kalu melayan sama dengan member umah orang kalate neh, dengan kaki2 kita pulak ‘ter’ gerak nak sepak bola sama,,haha.. pastu mulut membebel, ei,geram weh, cikit je lagi!, benci nye aku tengok bola!!!!
Kadang2 pelik jugak orang Malaysia ni, main bola pun nak bergaduh bagai. Ilex dah ah, bola je pun. 
Pernah la sekali gi tengok bola kat stadium Bukit Jalil, Kelantan lawan Johor. Bos sponser baju & tiket (dia kan orang Johor) , tapi Biha & abang sokong Kelantan. Bos ciap ugut lagi, tak pakai baju tu, potong gaji, hadoi En. Azhar neh, Sabor jela.

Sampai sana kul 7pm, tengok dari luar stadium, merah je, ramai giler weh.. Bola start kul 8.. Entah dari kul berapa dorang stay dalam tuh.

Siap solat sume, beratur  nak masuk dalam stadium,peh..memang tak leh masuk. Tak muat :’(



haa, tengok2..ramai!



tak ley masuk woi!!



Abg Biha, zaidi & wife dia (nyempat bergambar)



 Aku (merah, biru) ayuh joho, ayuh joho...kah! :D


Menyirap rasa, jual tiket patutnya ikut la kapasiti stadium tu ley muat berapa ribu orang. Cian orang datang jauh2, time nak beli tiket berebut, dah dapat beli tiket, tak leh tengok jugak. nak kata orang curi2 masuk, tak jugak, kawalan ketat kot.



last2  tengok kat luar stadium, ramai upenya tak dapat masuk. huh!


Harapnya ni first & last tengok bola kat stadium, nasib baik duit tak kuar se sen. Ok la, sekurang-kurangnya ada pengalaman tengok bola kat stadium kan..heheee





Tiada ulasan:

Catat Ulasan