Sabtu, 1 Ogos 2015

Raya Aidilfitri 2015 #InikanRaya#

Assalamualaikum..


Setelah sebulan berpuasa, ni la nikmat nye. Raya!
Sama jugak dengan tahun lepas, beza nye sume adik beradik balik. Tahun ni da 2 tahun beraya tanpa ayah. Al-fatihah untuk ayah, semoga arwah tenang kat sana & ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, Aminnn

Dugaan hari raya
takde air!!, pepagi lagi sebelum orang datang umah gi mandi air parit (air sungai turun dari bukit)
Nasib la kak,, dengan nak masak nye lagi.ayoyo.. Raya ke 2 & 3 pun sama, ada air kejap-kejap je. ermmmmm


Menu
Nasi impit + kuah kacang + kuah lontong (Biha)
Nasi arab + Ayam masak merah (Abang)
Biskut + Kerepek + kek = 34 jenis (Biha) + 5 jenis (Abang) = 39 jenis (comfirm2 tak habis)

2 menu besar menyebabkan makanan tak habis, nasi impit leh la simpan, nasi arab esoknya buang.
Duit raya tahun ni RM300.00, lebih RM50.00. Khas untuk orang datng beraya kat umah je. :P

Tahun lepas beraya kat melaka & teganu je, tahun ni tambah lagi satu, KL.  Raya ke 6 da kerja, tak dapat raya 6 kat kg,urmm :(

meh nak belanja gambar sikit..

Raya Pertama



Raya kedua 


Raya ketiga







Raya keempat (Sek. Keb. Bintang) reunion geng UPSR 2006


Raya kelima (belanja family Kepci)






Last, raya KKR (baju hijau tu menteri kerja raya)

Sekian, jumpa lagi syawal tahun depan :)






2 ulasan: